Guru Math SPM saya.

By cikgufizi 29 Mei 2022, 11:33:36 Aktiviti Guru
Guru Math SPM saya.

“Ko tok Mat, nang kurang latihan ya..” masa aku di tingkatan 3.????

“Math tok kena pulun, kena drill” tegur Cikgu Matematik masa tingkatan 5.????

Tahun 2009 semasa masih tersandar menjadi guru.

“Ko tok! , cua ko explain dengan budak ya..macam ney masak Maggie ya, macam ya la kiranya set induksi” kena marah lagi.????

Dari remaja sampai anak dua, terus menerus memberikan nasihat dan pengajaran. Keinginan dihati ingin bertemu beliau semasa sambutan Hari Guru tempoh hari.

Akhirnya dipertemukan pagi tadi semasa tengah tunggu beli sarapan. Seorang guru yang tegas dan sangat berdedikasi. Berbual meminta pandangan, idea yang boleh dikongsi dalam kepimpinan, pengurusan dan aktiviti pelajar dalam kelas. Banyak yang beliau ceritakan. Paling terkesan.

“Didik anak orang ya sungguh-sungguh, InsyaAllah orang akan didik jaga anak kita pula sungguh-sungguh”. Katanya., sambil aku mengangguk kepala.

Diselitkan juga cerita 25 tahun SMK Lajau.

“Tahun ini kita dah jubli perak cikgu..” aku memberitahu.

Dia terdiam. “Dah lama owh…apa program?” semangat untuk memberi ke sekolah tu kekal ada.

“InsyaAllah, Alumni tengah rancang.” Balas ku.

“Nanti contact” kata penerima Anugerah Tokoh Guru 2022 W.P Labuan.

Tahniah atas pengiktirafan yang berikan. Halalkan ilmu tunjuk ajar. Terima kasih untuk B3 Math SPM, cikgu! Terima kasih cikgu.

Doakan saya.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment