JOM Baca Bersama 10 Minit

By cikgufizi 25 Apr 2022, 09:32:53 Aktiviti Guru
JOM Baca Bersama 10 Minit

Pernah suatu masa dulu, seorang rakan bertanya seperti ini.

“Ko ni tak pernah bosan ke kat sekolah? Mula sekolah rendah, naik menengah sekarang masih lagi keja pun kat sekolah?”

“Ok je pun...” balas ku, malas nak teruskan.

Tapi kadang-kadang bila difikirkan ada betulnya juga pertanyaan tu.

Buat rutin yang sama,

Hadap benda yang sama hinggakan kita merasa 10 tahun buat benda yang sama.

Perangai yang sama

Idea yang sama

Result pun hampir sama.

Motivasi makin menurun, “apa yang aku nak sebenarnya ni ar?” dalam hatiku.

Aku perlukan dorongan.

Aku mula kembali membaca

Aku mula menulis

Aku mula buat apa yang aku minat dalam mendidik

Kini,

Aku mula ada bahan sendiri

Aku mula ada jenama sendiri

Aku mula ada motivasi sendiri

Rupanya ianya dorongan intrinsic, untuk kekal bersemangat buat perkara yang kita minat dan suka.

Sifat minat suka terhadap sesuatu ini atau passion ini ada dalam diri semua pengasas jenama terkenal yang telah berjaya.????

Passion ini juga yang membuatkan aku untuk terus bersemangat untuk terus menjadi guru sampai bila-bila.????

Mula dengan bangkit, baca dan syukur.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment