MODUL BIZ+ PERNIAGAAN TINGKATAN 5 2021 JILID 1

By cikgufizi 17 Mar 2021, 18:19:12 Perniagaan
MODUL BIZ+ PERNIAGAAN TINGKATAN 5 2021 JILID 1

STARTUPS!

MODUL BIZ+ PERNIAGAAN TINGKATAN 5 2021 JILID 1

Beberapa hari lepas, saya kendalikan kelas tambahan Perniagaan SPM 2020.

Selesai kelas, saya bertanyakan kepada seorang pelajar..

“Lepas last paper nanti plan buat apa la..?”

Jawapan pelajar masa tu ....

“Err…mungkin..mungkin..nak cari kerja part time la rasanya cikgu..”

“Cari la area bandar?" Aku memandai mencadangkan..

“Inda la cikgu…plan kalo keja cari dekat rumah ja cikgu...mungkin macam keja kedai makan..”

“Aik..dah kenapa?”

“Di kadai la semua ada..” aku menekan lagi

“Inda pa la cikgu..kedai makan manala tau dapat makan free..dekat jimat kos minyak...bos kadai makan tu mau tukang buat aing saja..aku pandai dikit2 la..boleh balajar lagi..lagi pun kan part time saja..????????

Ada betulnya keperluan mungkin sama tapi kehendak setiap individu berbeza.

Bersama mengenali mereka ini sejak dari Tingkatan 1, kini mereka berbeza seperti itu aku alami sewaktu mereka di Tingkatan 4 lain pendekatannya..kini lain..

Kesinambungan Modul CHAMPIN dan BOOSTER Perniagaan Tingkatan 4, untuk Perniagaan Tingkatan 5 versi tahun ini BIZ+ dan RINGGIT.

Modul BIZ+ merupakan modul untuk pelajar Perniagaan Tingkatan 5.

Disini menjurus kepada keperluan hubungkait dengan kertas 3 dan lebih kepada teknik menjawab terutama bahagian A dan B serta latihan Bahagian C lebih dari 20 soalan Kajian Kes beraras sederhana dan tinggi (KBAT) mirip soalan SPM sebenar.

Dengan adanya modul ini guru lebih masa dan mudah untuk membuat semakan jawapan dan penambahbaikan berbanding sebelum ini disamping masa aktiviti untuk pelajar menjawab latihan lebih lama.

“Alang-alang berdakwat,

biarlah hitam”

Moga mereka semua berjaya dunia akhirat jadi asbab kebaikan untuk seluruh alam..

Hari ini kertas Perniagaan 3766.

"Bisnes is Best!"




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment