MODUL BOOSTER PERNIAGAAN TINGKATAN 4 2021 JILID 2

By cikgufizi 23 Feb 2021, 22:04:52 Perniagaan
MODUL BOOSTER PERNIAGAAN TINGKATAN 4 2021 JILID 2

STARTUPS!

MODUL BOOSTER PERNIAGAAN TINGKATAN 4 2021 JILID 2

Pengalaman itu adalah produk.

Sewaktu kecil dulu, LEGO ni ibarat mainan mewah bagi seorang kanak-kanak. Idaman bagi kanak-kanak. Aku pun tidak terkecuali. Aku generasi LEGOKnight. Walau tak selengkap LEGO yang lain,dapat melalui fasa ni pun rasa nikmatnya dunia kanak-kanak. Seronok dan teruja terbuai dalam permainan LEGO ni. Kalau didalami mengenai LEGO sebenarnya sudah bertapak lebih dari 75 tahun di dunia. Menawan hati kanak-kanak malah orang dewasa. Terus kekal dan diminati. Tak lapuk dek zaman. Malah terus kukuh bertapak. Terus berkembang dan maju.

Pernah terlintas di fikiran bagaimana syarikat yang menjual batu bata plastik kecil tetap disayangi selama ini? Unik sungguh marketing dan heart bonding mereka di kalangan peminat.

Yes. LEGO ada satu sifat iaitu KONSISTEN. EVOLVE. Terus berkembang maju. Tetap fokus pada produk,misi dan jenama mereka . Kejayaan itu adalah hasil kebersediaan LEGO untuk berhadapan dengan risiko dan berani berfikir dan menyusun semula produk asas mereka agar tetap relevan pada setiap pasaran zaman. Dari bahan kayu, plastik hinggalah ke LEGOLAND dan LEGO Movie. Malah kini dipesatkan lagi dengan jenis permainan video. Kita dapat lihat bagaimana kreatifnya jenama ini untuk terus menyesuaipadankan mengikut media baru dan terkini.

Banyak yang boleh aku ambil kisah LEGO ni sebagai sebuah inspirasi dalam perjalanan sebagai seorang guru. Mula bergelak pendidik pada tahun Januari 2009 sebagai guru yang “tersandar”. Masa tu aku dikelilingi oleh beberapa guru yang

hebat

, kerja keras, supportive dan suka berkongsi idea. Banyak juga pengalaman yang dipelajari diraih luar dan dalam kelas.

Masa tu juga, aku jenis suka fotostat bahan, nota ataupun latihan. Ada bahan yang bagus, menarik dan yang biasa-biasa sahaja. Semua bercampur aduk. Janji ada bahan untuk digunakan untuk anak murid. Contoh nak Bab 3, cari dan fotostat. Bagi budak jawab. Ni antara strategi aku dulu. Sehingga lah terfikir sampai bila nak jadi macam ni? Asyik ulang benda yang sama je bertahun-tahun? Penat. Cara kerja tak tersusun. Aku bukan umur 25 tahun lagi.

Jadi tahun 2016 aku dah mula mengumpul bahan modul. Sedikit demi sedikit. Waktu tu subjek Perdagangan. Peergghhh!! Punya main tebal. Ok, mula dengan kumpul bahan-bahan fotostat dan bindingkan. Timbul dah rasa puas hati. Hasil himpunan koleksi nota dan latihan, soalan percubaan dan soalan sebenar tahun-tahun lepas tersusun dalam sebuah modul. Boleh la untuk budak masa tu buat rujukan dan panduan. Tapi aku masih tidak berpuas hati sebenarnya. Mungkin sebab bukan hasil dari tangan aku sendiri.

2017 aku cuba mula menulis kaedah modul sendiri. Cuba buat nota sendiri dengan membezakan Fakta-Huraian-Contoh. Bina item berasaskan aras kemampuan pelajar, teknik menjawab mengikut langkah demi langkah dari rendah sederhana tinggi, merungkai modul yang ada dipasaran, intervensi setiap bab yang boleh dan selitkan cara pentaksiran tambah baik dari tahun ke tahun. Mula dari itu, sedikit demi sedikit suasana pembelajaran berubah kepada hasil kualiti yang menjadi kayu ukur utama. Demi murid. Aku mahu mementingkan pemahaman dan penguasaan mereka.

Mungkin MODUL BOOSTER PERNIAGAAN TINGKATAN 4 Jilid 2 ini merupakan salah satu intervensi yang hadir hasil dari pengalaman try and error 13 tahun yang lalu dengan harapan agar usaha yang hanya secebis ini dapat membantu anak-anak lebih baik dan terus cemerlang untuk subjek Perniagaan ini. Macam kisah LEGO tadi.

Terus belajar. Masih belajar dan niat ingin terus belajar. Kerana aku seorang guru. Tiada noktah untuk belajar dan mengajar. Kerana kehidupan juga suatu pembelajaran.

InsyaAllah kita jumpa 5 April ya. ????

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2020????

Kalau asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.

"Bisnes is Best!"




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

Write a comment

Ada 3 Komentar untuk Berita Ini

View all comments

Write a comment