PdPc Norma Baharu

By cikgufizi 11 Jul 2020, 07:44:29 Idea P&PC Perniagaan
PdPc Norma Baharu

Ini kelas Perniagaan Tingkatan 5.

Sejak PKPP ini aktiviti kelas pun agak terbatas.

Walaubagaimanapun ianya tidak menghalang untuk kita terus menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) kelas yang aktif sesuai dengan norma baharu.

Untuk tingkatan 5 terdapat tujuh bab dan ini merupakan bab ke dua.

Menjadi kebiasaan bagi saya untuk menggunakan konsep modular dalam merancang bab yang diajar. Modular boleh dimaksudkan dengan kita tidak semestinya memulakan sesuatu bab atau topik itu dengan bab satu diawal tahun tetapi boleh dimulakan dengan bab yang difikirkan bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar, masa atau sumber yang ada mahupun hubungkait bab berkenaan.

Untuk itu saya mulakan dengan tiga bab terakhir dan simple dan Bab 2 ini diajar semasa bulan Julai.

Sebelum PdPc, saya juga akan membuat draf lesson plan. Saya selalu mengajak pelajar untuk sedia membawa bahan dari rumah untuk dibawa dan digunakan semasa aktiviti kelas.

Didalam kelas pelajar hanya berkongsi bahan ransangan yang dibawa seperti gambar untuk cut & paste penyediaan pentaksiran. Ini biasa kita lakukan semasa sekolah rendah dahulu ianya juga menjimatkan masa untuk beraktiviti dan boleh berubah mengikut tahap pelajar kita yang berbeza berlainan tahun.

Topik                  : Bab 2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi

Sub topik           : 2.5 hingga 2.7

Bahan rangsangan          : Gambar Flipped oleh pelajar

10 minit                           : Revision topik terdahulu

10 minit                           : Penerangan guru

20 minit                           : Aktiviti [Think Pair & Share]

15 minit                           : Pentaksiran biasa [Poster Bermaklumat]

10 minit                           : Presentation secara rawak (1-2 pasangan)

40 minit                           : Menjawab soalan latihan dan semakan jawapan

10 minit                           : Rumusan topik dan pemenang

10 minit                           : Next flipped class

Ada lagi satu bab sebelum fasa drilling soalan.

Teknologi amat memudahkan untuk melebihkan banyak masa ke arah aktiviti semakan jawapan bagi setiap soalan.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment


Cikgu Fizi

Pemilik Website cikgufizi.com
Cikgu Fizi
Baca Kata Aluan

COUNTDOWN PEPERIKSAAN

  • UPSR

  • PT3

  • SPM

  • STAM

  • STPM

STATISTIK PELAWAT

  • User Online 3

  • Today Visitor 8

  • Hits hari ini 17

  • Total pengunjung 25158

  • IP Anda 3.94.21.209