Pengenalan Kepada Perniagaan

By cikgufizi 13 Apr 2022, 08:00:36 Rancangan PDPC
Pengenalan Kepada Perniagaan

“Cikgu!cikgu! kalau Yves Saint Laurent boleh ka?”
“Haa?pa tu? yang macam fesyen tu ka? aku cuba meneka.
“Aik…cigu ni..tu yang perfume tu..”
“Owhh….ok, cuba la dulu..macam cikgu belum pernah dengar lagi tu jenama” aku mengaku
“Buat saja la dulu..nanti present, at least cikgu pun boleh tau jugak” aku mengiyakan.


Menjadi amalan sejak 3 tahun lepas, setiap kali pelajar baru yang mengambil subjek elektif Perniagaan di Tingkatan 4 Bakti seramai 38 orang  kini memulakan bab 1, saya meminta pelajar secara individu untuk menulis satu esei ringkas mengenai asal usul sesebuah jenama. Mungkin dek kerana terbawa-bawa perangai cikgunya yang meminati sejarah dalam perniagaan. Didalam Modul CHAMPIN 2.0, aktiviti ini bukan sebahagian dari PAK21 tapi lebih merupakan set induksi bagi memulakan subjek ini.


Langkah :
1. Pelajar diberikan soalan esei bertajuk “Asal usul Sesebuah Jenama”. Pilihan jenama adalah bebas dan diminati.
2. Pelajar dikehendaki menulis karangan ringkas berdasarkan kaedah 4W1H. Panjang karangan hendaklah tidak kurang dari 70 patah dan tidak melebihi 120 patah perkataan. Isi utama berkaitan tentang sejarah jenama tersebut tertubuh, founder, kisah menarik dan pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah jenama tersebut.
3.  Pelajar sebaik-baiknya dicadangkan untuk mencetak, melukis atau melakar logo jenama yang dipilih. 
4. Pelajar dikehendaki untuk berkongsi hasil dapatan kepada rakan lain.


Disini kita dapat menilai pelajar dari segi idea menulis, kekemasan tulisan, menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan dan paling penting menyemai minat dan keinginan dalam subjek ini. Melalui penulisan ini juga kita ada mendapati pelajar sebenarnya berkebolehan dalam memberikan idea kreatif.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment