Pentaksiran PBD menggunakan Modul Perniagaan CHAMPIN, BOOSTER, BIZ+ & RINGGIT.

By cikgufizi 14 Jul 2021, 09:16:10 Perniagaan
Pentaksiran PBD menggunakan Modul Perniagaan CHAMPIN, BOOSTER, BIZ+ & RINGGIT.

Dulu sebelum mula menulis modul, aku sering bertanya pada diri bagaimana hendak membina bahan bantu mengajar yang berkesan?

Yang bukan hanya setakat memberikan nota dan latihan kepada pelajar sahaja. Jadi mula la sesi menebalkan muka, tanya sana-sini, ikut itu ini, akhirnya dapat dipertemukan dengan beberapa insan yang benar-benar ingin membantu.

Salah seorang dari mereka bertanyakan pada aku.”Apa yang cikgu faham tentang maksud berkesan?” aku terpinga-pinga. Lalu cuba untuk menjawab, kononnya aku pun tahu. Dengan senyum cikgu perempuan ni berpandangan untuk menyelitkan elemen pentaksiran.

“Ah sudah…” pentaksiran berat benar bunyinya.

Beliau pun mula bercerita, aku hanya mengiyakan tanpa berfikir. Akhirnya perbualan itu terputus begitu saja, tak sempat mengucapkan terima kasih beliau perlu bergegas pergi memulakan program. Aku pun sepert biasa tiada apa nak difikirkan sangat. Menganggap ianya sekadar idea biasa-biasa saja tetapi dalam hati ini masih terfikir-fikir akan maksudnya.

Apa salahnya aku mencuba.

Aku pun mula merungkai bahan sana sini..tengok itu ini..salin sana sini, buat lagi-lagi.

Akhir nya aku menemui sesuatu yang tiada lagi dipasaran.

Jika dulu latihan yang diberikan ala kadar saja, asal ada.

Print Photostat menjadi rutin, terkejar-kejar untuk pelajar

Kini semua itu tiada lagi, pengalaman lalu memberikan manafaat untuk saat ini. Tiada la print photostat seperti dulu. Semua bahan diuji, ditulis semula berasaskan Standard Prestasi DSKP/Buku Teks dan penilaian Tahap Penguasaan.

Modul ini merangkumi nilai “all in one” yang diperlukan untuk guru dan pelajar Perniagaan. Dengan intervensi nota FHC, puluhan latihan topikal, pentaksiran formatif dan standard, intervensi cara menjawab, semuanya hampir serba ada untuk memudahkan kerja buat guru dan pelajar. Tambah-tambah lagi semasa musim PdPR ini sebagai bahan rujuan pembelajaran utama.

Ya..sudah pasti ada penambahbaikan utama dari segi design, pembugaran item yang lebih berkualiti dan cara menulis jawapan mahupun dari segi nama dan harga kelak.

Terima kasih kepada beliau, mungkin beliau kini sudah lupa tentang idea ni tapi bagi aku tidak.

Terima kasih juga pada isteri tersayang kerana berjaya "memaksa" untuk aku kekal menulis kembali.

Berminat boleh hubungi penulis. Terbitan terhad 2022.

 

Cikgu Rafizi Yussof (CRY)

1023 malam,

Hujan mulai reda.

Italy juara EURO 2020.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

Write a comment

Ada 3 Komentar untuk Berita Ini

View all comments

Write a comment