Refleksi cikgufizi 2022

By cikgufizi 28 Feb 2023, 21:27:09 Aktiviti Guru
Refleksi cikgufizi 2022

Menjadikan ianya sebagai amalan setiap tahun, penulisan refleksi cikgufizi mengisahkan sinopsis ringkas beberapa titik penting perjalanan kehidupan sebagai seorang pendidik disebuah pulau kecil sepanjang tahun 2022/2023.

Semua ini bertujuan menjadi pengajaran, kenangan dan kisah untuk orang-orang yang kemudian yang hanya diceritakan di cikgufizi.com.
 

Refleksi cikgufizi 2022/2023

Khamis 16 Februari.
Dua hari sebelum berakhir hari persekolahan sesi 2022/2023. 
Waktu Subuh bermula 526 pagi. Anak-anak sekolah berjalan kaki dalam keadaan gelap seawal 6 pagi.
Sambil membonceng motorsikal skuter Yamaha Nuovo LC sejak 2011 ke sekolah melalui jalan kampung, aku merenung fikiran merewang cuba melihat berfikir apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2022/2023 dan berfikir apa yang aku lakukan tahun pada sesi 2023/2024 nanti. Suatu sesi persekolahan yang unik.

Sambil fikiran melayang merewang, berikut 7 lagi kisah berharga bermula Februari 2022 hingga Mac 2023.

1.  Anugerah Ikon Guru TVET peringkat Negeri.
•  "Kick off" tahun 2022 dengan penghargaan semasa Hari Guru peringkat Jabatan Pendidikan W.P Labuan. Rasanya ini merupakan penghargaan yang terbaik sepanjang menjadi pendidik dalam aliran TVET sekolah menengah. 

2.  SPM 2021, rekod baharu lagi! 
•  Sukar tapi tiada yang mustahil. Ungkapan yang jelas bagi pendidik dan anak didik yang pernah berada di SMK Lajau. Bagi saya keputusan kali ini merupakan keputusan terbaik sepanjang mengajar di SMK Lajau. Dengan kapasiti prejudis yang timbul mengenai keupayaan calon SPM 2021, tiada yang mustahil dengan pencapaian 3A Perniagaan serta pelajar terbaik dari aliran Perniagaan. InsyaAllah cuba diteruskan pada SPM 2022 dan prospek 10 A SPM 2024. 
 
3.  Ketua Pentaksir Negeri (KPN) Perniagaan tahun keempat dan terakhir.
•  Menjadi KPN Perniagaan bagi SPM merupakan suatu pengalaman yang sangat-sangat berharga sepanjang empat tahun ini bersama Lembaga Peperiksaan (LP) dan rakan-rakan Perniagaan dari seluruh negeri. Berlatar belakangkan pengubal soalan, pemeriksa kertas mahupun penulis modul. Sudah tiba masanya mengundur diri dan berkongsi peluang dengan rakan lain.

4.  Persatuan Alumni SMK Lajau.
•  Tahun ini merupakan tahun ke 25 tahun penubuhan SMK Lajau. Saya menjadi produk SMK Lajau yang berkhidmat disekolah sendiri. SUdah tentu menjadi penghubung kepada bekas pelajar yang berada diluar sekolah. Menguruskan penubuhan Persatuan Alumni SMK Lajau bersama-sama bekas rakan sekolah menjadikan tahun ini lebih menarik lagi. Bermula dengan delegasi pendakian Gunung Kinabalu hingga Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SMK Lajau diakhir sesi 2022 dengan kehadiran bekas pengetua pertama memeriahkan lagi suasana dan kenagan lalu.

5.  Modul Pengajaran dan Pembelajaran Perniagaan Tingkatan 4 dan 5 Edisi Kemaskini 2023/2024.
•  Ini merupakan tahun keempat saya membina membuat modul pengajaran dan pembelajaran sendiri. Berbekal pengalaman dari tahun-tahun lepas, sudah tentu penambahbaikan ada dalam modul pada kali ini. Namun demikian, tidak seperti satu dua tahun yang lepas, kali ini saya tidak menjual modul walaupun ada rakan kenalan  sekolah-sekolah luar dan dalam yang menunjukkan minat. Saya merasakan akan menjadi kekangan dari segi pengurusan pemasaran dan jual beli jika mengambil kira pengalaman yang lepas. InsyaAllah usaha membina modul ini akan menjadi usaha tahun.

6.  Penubuhan Kelab Ragbi sekolah.
•  Ini kali pertama sukan ragbi menapak di SMK Lajau setelah 25 tahun. Saya peminat sukan ragbi semasa di universiti. Sudah tentu sukan bolasepak merupakan sukan pilihan saya juga. Tetapi dengan kehadiran cikgu baharu yang memberikan inspirasi yang turut serta dalam kelab ragbi sekolah. Dengan program pembangunan peringkat sekolah program latihan yang berjadual, mempunyai khidmat jurulatih yang berpengalaman, pertandingan yang bakal disertai kami berharap sukan ragbi akan menjadi sukan no1 diminati di SMK Lajau.


7.  Watikah Kenaikan Pangkat TBBK.
•  Alhamdulillah diatas rezeki yang diberikan.

Itu sebahagian dari kisah 2022/2023. 
Saya mempunyai empat objektif utama sepanjang tahun 2023. 
Alhamdulillah tiga tercapai dan satu objektif belum tidak tercapai. 
Untuk tahun 2023/2024 ada tujuh objektif pokok atau saya namakan sebagai “7 Projek 2023/2024” iaitu :

1.  Menambahbaik lagi sumber pendidikan dilaman sesawang cikgufizi.com.
2.  Memulakan satu langkah kanan berani berkarya melalui medan youtube.
3.  Menjadi pembentang intervensi pengajaran dan pengajaran dalam kelas melalui Modul Champin 3.0 & Strive 3.0 Perniagaan Tingkatan 4 dan BIZ+ Perniagaan Tingkatan 5 SPM dalam Labuan International Conference & Education Research (LICER) yang bakal diadakan pada Oktober 2023.
4.  Persediaan dokumentasi Guru Cemerlang (GC) sesi 2024/2025.
5.  Meleburkan rekod peribadi SPM 2021 dengan prospek A’s Perniagaan & Prinsip Perakaunan SPM 2024.
6.  Mewujudkan bilik khas Pusat Latihan Kelab Ragbi Sekolah.
7.  Gerak kerja permulaan Fasa 1 Surau SMK Lajau dengan kerjasama Persatuan Alumni SMK Lajau.

Semoga diri ini terus diberikan kesihatan untuk kekal memberikan manafaat pada orang lain.


Masai, Johor
818pagi 
22032022




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment