UPDATE : MODUL CHAMPIN PERNIAGAAN TINGKATAN 4 TAHUN 2021 JILID 1

By cikgufizi 23 Feb 2021, 21:59:43 Perniagaan
UPDATE :  MODUL CHAMPIN PERNIAGAAN TINGKATAN 4 TAHUN 2021  JILID 1

STARTUPS!????

UPDATE :

MODUL CHAMPIN PERNIAGAAN TINGKATAN 4 TAHUN 2021

JILID 1

Beberapa minggu lepas,

timbul satu perasaan negatif dalam diri. Perasaan fed up dan mula give up.

”Boleh ka ni ar?”

“Sempat ka ni ar?”

“Ala..ko buat ja la tahun depan…mahal ni..kos..”

“Owhh..ni tak boleh ni…ni tak lepas ni..”

”Arghhhh…”

Dan bermacam-macam lagi andaian lain yang bermain di benak fikiran ni.????

Semuanya tentang REJECTION. Pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikiran. Risau pelajar tak dapat bahan yang sempurna untuk mereka belajar.

Race against time.

Tiba-tiba teringat pula kisah tentang penolakan atau rejection ni daripada jenama yang dah lama establish dan

terkemuka.

Ya,mereka pernah melalui fasa rejection. Dulu Walt Disney pun sampai 302 kali rejection , kisah penolakan konsep ring piston HONDA dengan TOYOTA dan paling biasa cerita KFC 1009 gagal rejection. Kisah ini semua saya jadikan sebagai inspirasi walaupun ini hanyalah percubaan pertama untuk menghasilkan sebuah modul. Tidak lah gah seperti syarikat terkenal tersebut tapi ada satu persamaan iaitu REJECTION dan SUCCESS.

Bermula dengan rejection sekarang mereka dah sukses. Malah pasaran mereka melangkaui seluruh dunia!

Isteri ada memberi kata-kata semangat dan motivasi untuk tidak terus melayan perasaan negatif tu.Ya, tatkala diri ni macam nak mula putus asa,dia sentiasa ada di sisi untuk bangkitkan semula semangat dan berikan idea penyelesaian???? "Relaks..chill je..enjoy your journey. Perbaiki niat kita semula. Niatkan semua yang kita buat untuk anak murid. Lillahitaala. In syaa Allah tanpa kita sedar Allah akan bukakan jalan untuk kita nanti.”

Benarlah, ajaib doa si isteri. Alhamdullilah sedikit sedikit dipermudahkan. Sekarang dalam proses deposit payment dan printing.

Syukur dan terima kasih kepada rakan

hebat

Cikgu

Syam Abid

yang sentiasa memberikan perkongsian idea. Friendship goal gitu.????

InsyaAllah target hujung Februari siap, awal Mac dapat pelajar manfaatkan. Cuma kali ni ada mengambilkira pendapat rakan-rakan yang perlunya modul ini dijilidkan untuk memudahkan murid. Since hampir 2++ mukasurat, costing MyIPO lagi serta sebagai satu kaedah dalam memberikan kepelbagaian dan kelainan kepada murid.

Ada juga beberapa rakan bertanyakan tentang modul ini. Ada yang berminat untuk dijadikan bahan mengajar tapi belum sedia untuk disebarluaskan lagi kerana beberapa isu yang belum dapat diselesaikan???? Sekadar percubaan kenangan peribadi dahulu untuk tahun ini. InsyaAllah tahun mendatang saya cuba hasilkan sepenuhnya bila isu tersebut sudah selesai. Perkara baik kenapa tidak kita kongsikan bersama demi manfaat anak murid kan?

Both idea coverpages guna design CANVA saja. Nak canggih-canggih editor tak reti lagi???? tu pun rejection dari nama Teknokrat ke Champin (

hebat/juara)????

Masih belum berjaya.Masih sedang berusaha.

InsyaAllah next time, share tentang Jilid 2.

“Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang”

"Bisnes is Best!" ????????




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment