Kata Aluan

By cikgufizi 06 Jul 2015, 09:12:16

Hai semua,

Saya Cikgu Fizi, pengasas cikgufizi.com juga seorang penulis Modul CHAMPIN 2.0 Perniagaan Tingkatan 4 dan Modul STRIVE 2.0 Perniagaan Tingkatan 4. Saya bertugas di sekolah lama saya SMK Lajau W.P Labuan dan mengajar mata pelajaran Perniagaan serta Prinsip Perakaunan sejak 2013 hingga kini. Berkelulusan Diploma Perbankan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (Kampus UiTM Kota Samarahan, Sarawak dan Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah). Saya juga seorang graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari UiTM Shah Alam.

Sebelum menjadi seorang pendidik, saya pernah menimba pengalaman berkerja di sektor perbankan dan sektor minyak dan gas.  Disamping passion dengan subjek Perniagaan ini, saya juga cenderung meminati kisah-kisah inspirasi usahawan dalam dan luar negara, sejarah perniagaan dan analisis perniagaan.

Natijah dengan itu, saya cuba untuk berkongsi serba sedikit bahan pembelajaran mengenai subjek Perniagaan khususnya kepada semua guru dan pelajar yang mengambil subjek ini. Perkongsian bahan seperti nota-nota, buku teks digital, soalan dan tugasan SPM serta bahan bantu mengajar infografik ada diruangan muat turun. 

Harapan saya, dengan adanya perkongsian yang sedikit dan lemah ini, ada juga sinar harapan untuk pelajar dan guru lain mendapat manafaat jua.

19 Ogos 2017, 1037 malam