ANUGERAH IKON GURU TVET 2022

By cikgufizi 22 Mei 2022, 19:05:27 Aktiviti Guru
ANUGERAH IKON GURU TVET 2022

Pagi tadi saya bersama-sama dengan ribuan warga pendidik di W.P Labuan dalam Majlis Sambutan Hari Guru Ke-51 Peringkat Negeri.

Hari yang sangat bermakna bagi seorang guru, ditambah seri lagi ditemani bersama isteri tercinta untuk pertama kalinya.

Sudah pasti kisah saya hari ini bukan bermula satu dua tahun, semuanya sejak akhir 90’an lagi.

Bait lirik ;

“Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa

Sekolahku SEJAHTERA”

Sekolah kami dulu merupakan rumah kedua, taman permainan juga tempat meneroka.

Sekolah kami dulu dikelilingi oleh insan guru yang penuh sabar lagi dedikasi.

Guru kami dulu hanya ingin melihat kami memahami dan menghayati apa yang diajar. Merapatkan kami kepada sekolah sebagai tempat yang menyeronokan.

Kini,

Sebagai insan pendidik, pemberian anugerah ini pastinya memberi kenangan yang cukup manis buat saya yang masih hijau lagi dalam dunia pendidikan agar sentiasa berikhtiar memberikan yang

terbaik

untuk anak didik masing-masing sama seperti guru kami dahulu.

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri atas pengiktirafan ini.

Semoga diri ini terus diberikan kesihatan, kekal bersemangat dan istiqamah dalam menjalankan amanah yang diberi.

Terima kasih atas doa mama, isteri tercinta, keluarga tersayang dan sahabat seperjuangan yang menyokong selama ini.

One of the best moment sambutan hari guru!

Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu.

cikgufizi.com

Anugerah Ikon Guru TVET 2022




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment