Bab 1 : Tujuan Perniagaan & Pemilikan Peniagaan
Strategi Menjawab Perniagaan Tingkatan 4

By cikgufizi 28 Jan 2023, 21:08:54 Isu Semasa
Bab 1 : Tujuan Perniagaan & Pemilikan Peniagaan

STRATEGI MENYEDIAKAN JAWAPAN

  1. KAEDAH MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN

(Baca petikan dan soalan, memahami tugasan soalan, menganalisis pembahagian markah)

  1. KAEDAH MEMBINA RANGKA JAWAPAN

(Mengariskan kata tugasan soalan,menyusun isi, menyediakan sebaik-baiknya 1 cadang 1 markah)

  1. KAEDAH MENULIS JAWAPAN

(Menulis kepala ayat atau rumus) : Syarikat Le’Layang Sdn Bhd / Encik Supardi/TPM

 

CADANGAN SKRIP JAWAPAN

(a)  Klasifikasi perniagaan Syarikat Le’Layang Sdn. Bhd. ialah:

- Perniagaan bersaiz sederhana

- Jumlah jualan tahunan RM 15 juta hingga kurang daripada RM 50 juta / RM 18 juta

- Bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200 orang / 80 orang

- Sektor kedua / sekunder

- Pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap / barang separuh siap / pemprosesan pati sarang burung walid

- Kategori pembuatan dan pengilangan

 

(b) (i)  MATRADE

(b) (ii) Peranan lain MATRADE ialah:

- Membangunkan kawasan perdagangan baharu

- Mengenal pasti pasaran baharu di luar negara

- Menemukan pengeksport tempatan dengan pengimport dari luar negara

- Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport

- Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan tentang aktiviti perdagangan tempatan

- Mempromosikan produk pati sarang burung walid ke luar negara

- Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa

 

(c) Syarikat Le’Layang Sdn. Bhd melindungi reka cipta produknya dengan:

- Mendapatkan paten

- Hak eksklusif untuk suatu reka bentuk produk pati sarang burung walid

- Produk belum dibuatkan oleh mana-mana syarikat

- Hak cipta jenama Le’Layang Bird Nest / corak botol dilindungi undang undang

- Mendaftar melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

 

(d) Titik Pulang Modal (TPM) ialah:

- Kos tetap ÷ ( Harga jualan seunit – Kos berubah seunit)

- ( RM 100 000 + RM 5 000 ) ÷ ( RM 120 – RM 60 )

- RM 150 000 ÷ RM 60

= 2500 unit

 

(e)  Encik Supardi Wajar untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan hanya menekankan aspek promosi dan agihan sahaja kerana

- Mengekalkan imej produk pati sarang burung walid / bersaing dengan produk lain / meluaskan syer pasaran

- Kaedah pengiklanan melalui internet / tempahan oleh pelanggan dapat dilakukan segera / cepat

- Agihan ialah proses menyalurkan produk pati sarang burung walid daripada pengeluar/ Syarikat Le’Layang Sdn. Bhd kepada pengguna pada tempat/masa yang sesuai

- Menggunakan ejen pengimport untuk pelanggan dari antarabangsa

- Agensi/ MATRADE mempromosikan dan memasarkan produk pati sarang burung walid peringkat antarabangsa/ cth selain Singapura, Brunei dan Eropah.

 

ATAU

 

(e)  Encik Supardi Tidak Wajar untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa dengan hanya menekankan aspek promosi dan agihan sahaja kerana

- Kualiti produk pati sarang burung walid perlu ditingkatkan

- Perlu bersaing dengan pengeluar luar negara dari segi pembungkusan / ciri produk / reka bentuk / penjenamaan /jaminan produk

- Menghasilkan pati sarang burung walid pelbagai perisa

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna luar negara

- Menawarkan harga lebih kompetitif berbanding harga produk pesaing




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment