Majlis Apresiasi Bersama Pengarah

By cikgufizi 08 Ogos 2022, 21:05:00 Aktiviti Guru
Majlis Apresiasi Bersama Pengarah

Selepas solat Jumaat, hadir ke sekolah untuk turut sama hadir dalam program Majlis Apresiasi Bersama Pengarah. Majlis ini diadakan untuk memberi apresiasi kepada pihak sekolah atas kejayaan yang telah dicapai dalam pencapaian SPM 2021 yang lalu.  Kali terakhir, pelajar mendapat stright A's untuk SMK Lajau pada akhir sebelum tahun SPM 2010. Setelah 11 tahun kemudian, Alhamdulillah SPM 2011 melahirkan lagi seorang pelajar stright A's. Dalam pada itu juga, dapatan mendapati pencapaian pelajar lelaki dan perempuan kini mulai mengecil dan majoriti status ekonomi pelajar datang dari golongan B40.

Dalam program ini juga, Pengarah Pendidikan En. Yusup Hj Mohamad juga memaklumkan, SMK Lajau sebagai 4 sekolah fokus. 

Bagi sekolah, tenaga pakar luar melalui program task force dan tenaga pakar dalaman menerusi khidmat SISC+ dan program kajia tindakan panitia diharap dapat membantu sekolah lagi dalam usaha untuk melonjakkan keputusan SPM 2022, selain kelas bimbingan dan strategi menjawab soalan.

 




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

Write a comment

Ada 1 Komentar untuk Berita Ini

View all comments

Write a comment