Majlis Makan Malam Jubli Perak 25 Tahun SMK Lajau (1997-2022)
Persatuan Alumni SMK Lajau

By cikgufizi 08 Jan 2023, 14:12:16 Aktiviti Guru
Majlis Makan Malam Jubli Perak 25 Tahun SMK Lajau (1997-2022)

Kali terakhir kami bertemu semasa saya menjadi pembentang kajian tindakan inovasi pembelajaran dalam kelas NEMO Sabah beberapa tahun lepas. Waktu itu beliau menyampaikan ucapan perasmian.

Semalam bersama kami. Apabila beliau berucap ibarat golden voice bagi generasi kami dengan kisah storytelling beliau.

Bagi saya semalam hanya dua perkataan ringkas beliau yang menjentik hati.

1. Jaga nama baik sekolah sampai bila-bila.

2. Doa kebaikan bagi kita dan yang telah tiada, sampaikan pesan bagi mereka yang tidak dapat hadir bersama malam ini.

Bagi saya juga, secara peribadi nombor satu itu naratifnya.

Nombor dua besarnya keluarga sekolah.

Majlis Makan Malam Jubli Perak 25 Tahun SMK Lajau diadakan bertujuan untuk meraikan dan menghargai jasa pengorbanan semua warga SMK Lajau selama lebih dua dekad.

Majlis berjalan dengan begitu meriah dan mencapai tujuan utama untuk mengeratkan lagi persahabatan muhibah yang telah lama terjalin dalam kembali bersama membantu alma mater sekaligus mengimbau semula kisah-kisah semasa zaman remaja.

Tahniah semua..

Terima kasih hadir.

Terima kasih semua yang telah menyumbang dari segenap sudut.

Terima kasih bersama alumni.????????




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment