Majlis Perpisahan Perpindahan Pengetua SMK Lajau

Lambaian kasih.
Bakti disanjung, budi dijunjung.
Pagi ini bersama dalam Majlis Perpisahan Puan Siti Aminah Binti Zakaria, Pengetua SMK Lajau yang akan berpindah ke SMA MAIWP W.P Labuan. Dalam tempoh mendatangi dua tahun bersama kepimpinan beliau, secara peribadi banyak pengalaman dan perkara yang saya pelajari terutama sokongan kuat beliau semasa penubuhan Persatuan Alumni SMK Lajau ketika menyambut 25 tahun Jubli Perak. Semoga Pengetua terus sukses dan cemerlang pada masa mendatang.
Tinggi banir tempat belindung
Rimbun dahan tempat bernaung
Budi puan tidak dapat dihitung
Seluas lautan, setinggi gunung
Write a Facebook Comment
Komentar dari Facebook
View all comments