MODUL PERNIAGAAN EDISI 2022
CHAMPIN 2.0 & STRIVE 2.0 TINGKATAN 4 dan BIZ+ 2.0 TINGKATAN 5

By cikgufizi 08 Apr 2022, 07:19:38 Aktiviti Guru
MODUL PERNIAGAAN EDISI 2022

Rupanya ada dalam kamus dewan maksud campin ini, based dari perkataan champion cumanya saya memilih untuk mengeja CHAMPIN.STRIVE pula merujuk pada keinginan disulam dengan usaha yang berterusan untuk mencapai keputusan terbaik. Manakala, BIZ+ kekal dengan idea menjadikan subjek Perniagaan ini sebagai sasaran cemerlang SPM.

Sebagaimana judulnya, begitulah besar harapannya juga.??

Ketiga-tiga buku modul ini permulaannya ditulis dengan niat untuk memudahkan kerja guru dan pelajar. Ianya bukan sahaja nukilan dari diri sendiri tetapi buku ini telah melalui proses tambah baik terutama dari end produk itu sendiri.

Pengalaman berada dalam tempoh sukar sejak dua tahun ini menghadirkan ruang untuk saling berkerjasama, berkongsi pendapat dengan pelajar untuk berusaha agar menjadikan buku modul ini agar lebih baik hendaknya.

Jika dulu Big Why saya dalam menulis buku modul ini lebih kepada memudahkan aktviti PdPc dikelas, serta untuk kenang-kenangan tetapi kini modul ini dilihat bersesuaian dalam memenuhi norma baharu dalam pendidikan, istilah hybrid learning juga ada sedikit sebanyak diterapkan. Akhirnya pelajar dan guru sentiasa mempunyai hala tuju yang sama.

Intipati, nilai tambah dalam buku modul ini telah dikongsikan dalam penulisan bulan November tahun lepas hasil dapatan dari refleksi dan feedback yang diberikan. ????

Alhamdulillah untuk edisi pertama tahun lepas, buku modul ini dapat dikongsikan kepada hampir 100 orang pelajar dalam 200 buah buku untuk 3 buah sekolah. Pada sesi persekolahan kali ini, modul ini dapat dikongsikan bersama hampir 100 lagi pelajar baharu, 90 buah buku. InsyaAllah, doakan dipermudahkan segala urusan untuk pre order edisi tahun 2023 pada sekitar bulan Ogos-Oktober nanti.????

Semoga perkongsian ini, menjadi manafaat. Mungkin juga ini salah satu lagi cara saya nak menyumbang.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment