Refleksi cikgufizi 2021

By cikgufizi 31 Dis 2021, 09:06:13 Isu Semasa
Refleksi cikgufizi 2021

Berakhirnya tahun 2021 dan bermulanya tahun baru 2022.

“Akan datang”?, merupakan perkataan harapan saya dalam akhir tahun 2020.  

Pada waktu itu, hanya dua perkara utama sahaja yang menjadi harapan saya.

Harapan pertama ialah agar tahun tersebut diisi dengan pengalaman penambahanbaikan lagi bahan bantu mengajar modul Perniagaan dan yang kedua lebihan kepada akses channel pembelajaran.

Sekali lagi tahun 2021 menjadi tahun yang terlalu mencabar. Berbekalkan sedikit pengalaman 2020, tahun 2021 menyaksikan secara keseluruhan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) berlaku. Umum sudah mengetahui cabaran, rintangan, ketidaksampaian yang dihadapi.

Namun, disebalik cabaran tersebut, terselit beberapa peristiwa yang mungkin boleh dijadikan kenangan, motivasi, perkongsian mahupun penambahbaikan untuk tahun seterusnya dan bukannya untuk meninggi diri.

Berikut 7 kisah berharga di tahun 2021.

  1. Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah (KT12L)  peringkat Kebangsaan, 17 April

  • “Bila mula join Kajian Tindakan eh”? lupa pulak, mungkin 6-7 tahun lepas kot. Mula-mula dulu, keterlibatan diperingkat sekolah, saja-saja..makes friends, tengok-tengok dah peringkat negeri. Kini saya menetapkan untuk setiap tahun akan mengikuti Kajian Tindakan sekurangnya-kurangnya 2 kali untuk peringkat Kebangsaan. Untuk peringkat antarabangsa plan pada tahun 2022-2023 nanti, masih berlaga lutut menuntut lagi.

  • Kajian Tindakan merupakan salah satu cara saya berkarya, jika dulu melalui inovasi maujud kini saya lebih selelsa berkarya menggunakan medium penulisan modul. Yang penting upgrade, Jika kita tidak upgrade ilmu dimiliki, bagaimana mahu berkembang ke tahap seterusnya.

  1. SPM 2020, rekod baharu.

  • “Cikgu..tengok ni…Terima kasih cikgu..!!” chat whatapps ex pelajar SPM 5 Bakti 2020. I knew that we will had something on SPM result’s, but not so sure..either peratus lulus, A’s, improvement dalam GPA, dan syukurnya mostly good news. There really work hard, belajar dalam keadaan pendemik bukan sesuatu yang mudah dan biasa, mereka luar biasa. So, alhamdulillah rekod baru bilangan gred A dan good in GPA for me just nice. Let’s make 2021 even more better result.

  1. Ketua Pentaksir Negeri (KPN) Perniagaan

  • Masih diberi kepercayaan tahun ke 3, mungkin tahun hadapan tahun yang terakhir. Kita berkongsi peluang pada rakan guru yang lain. Last, nak jumpa semua 14 KPN untuk 2022 sebelum retire as KPN.

  1. Didik TV Menengah Atas Perniagaan di ntv7

  • Minda ini semua untuk pelajar, thanks rakan guru diatas kesudian berkolaborasi bersama anak-anak di pulau ini. Satu moment yang tidak mungkin mereka akan lupakan sampai bila-bila. Semua untuk pelajar.

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020

  • “Tahniah kawan..”,“Mungkin terlalu awal, dia tu masih lagi hijau tu.”,“Moga terus cemerlang.” Akhir katanya “Rezeki tak salah alamat”.

  1. Modul Perniagaan Tingkatan 4 dan 5, Edisi Kemaskini 2022

  • Dalam post mortem SPM 2020, pelajar memberikan pandangan antara kenapa pelajar boleh buat yang terbaik dalam peperiksaan tersebut kerana adanya bahan bantu mengajar yang tersusun, mudah akses dan mesra pelajar. Saya akui, saya percara ianya boleh membantu ramai lagi pelajar, kerana itu tahun demi tahun ianya aka nada penambahbaikan. “Trust the prosess “ kata Mikel Arteta. Siapa Arteta?

  1. Icon Cikgu Tube

  • Rasanya ni merupakan ending yang tak disangka-sangka, plot twist yang tak terfikir. Saya lebih menumpukan kepada content di web yang masih lagi belum sempurna pengisiannya, namun jauh disudut hati ini, terdetik untuk menghantar perkongsian  video PdP Perniagaan yang dibuat semata-mata hanya untuk perkongsian pelajar sahaja. Unlisted. Belum bersedia untuk menjadi retis youtuber, tetapi sudah pasti juri panel pemilih lebih memahami keperluan yang dinilai.

What next?

Gais,

“His story”, cerita dia..

Kisah lama bersifat tidak boleh diubah, tapi untuk 2022 ialah masa depan, masa masih boleh mencipta sesuatu sejarah baru pada tahun itu.

Sama seperti tahun baru ini, perlunya untuk muhasabah telah apa yang telah dihadapi sebelum buat tambah baik. Tulis apa yang telah kita pelajari, tulis apa nak dibaiki dan tulis apa yang nak kita capai pula pada tahun baru 2022.

Bagi si cikgufizi sudah pasti “semuanya untuk pelajar”.

Satu, moga diri ini terus sihat untuk kekal memberikan manafaat,

Dua, SPM 2021 sehabis baik yang boleh.

Tiga, MyIPO & ISBN untuk Modul Perniagaan dan

Empat, channel perniagaan.

 

CF,

335 ptg 30122021




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment


Cikgu Fizi

Pemilik Website cikgufizi.com
Cikgu Fizi
Baca Kata Aluan

COUNTDOWN PEPERIKSAAN

  • UPSR

  • PT3

  • SPM

  • STAM

  • STPM

STATISTIK PELAWAT

  • User Online 2

  • Today Visitor 53

  • Hits hari ini 168

  • Total pengunjung 93029

  • IP Anda 54.172.135.8